MacBook Pro dilengkapi dengan pemproses 2.16 GHz Intel Core Duo dan paparan 17 inci. Ia juga mempunyai video kamera dalaman iSight dan MagSafe Power Adapter untuk para pengguna sering bergerak. MacBook Pro menawarkan kemudahan untuk mengendalikan kandungan multimedia menerusi iTunes, iPhoto dan Bonjour di samping penggunaan Mac OS X. MacBook Pro juga mempunyai ciri keselamatan Apple Sudden Motion Sensor untuk melindungi cakera keras jika notebook terjatuh.
MacBook Pro 17 inci dilengkapi dengan port FireWire 800, port FireWire 400, tiga port USB 2.0, input dan output untuk optikal dan audio digital, Bluetooth 2.0+EDR (Enhanced Data Rate), dan rangkaian tanpa wayar AirPort Extreme 54 Mbps 802.11g WiFi. Harga anggaran : US$2,799.




