Apple 17-inch MacBook Pro

mpc_20060601_1_6to12_macbookpro.jpg

 

MacBook Pro dilengkapi dengan pemproses 2.16 GHz Intel Core Duo dan paparan 17 inci. Ia juga mempunyai video kamera dalaman iSight dan MagSafe Power Adapter untuk para pengguna sering bergerak. MacBook Pro menawarkan kemudahan untuk mengendalikan kandungan multimedia menerusi iTunes, iPhoto dan Bonjour di samping penggunaan Mac OS X. MacBook Pro juga mempunyai ciri keselamatan Apple Sudden Motion Sensor untuk melindungi cakera keras jika notebook terjatuh.

MacBook Pro 17 inci dilengkapi dengan port FireWire 800, port FireWire 400, tiga port USB 2.0, input dan output untuk optikal dan audio digital, Bluetooth 2.0+EDR (Enhanced Data Rate), dan rangkaian tanpa wayar AirPort Extreme 54 Mbps 802.11g WiFi. Harga anggaran : US$2,799.

Sign Up Advertlets

Sony Ericsson W950i

Model telefon Walkman W950i mempunyai antaramuka muzik dengan visual album. Ia mempunyai 4GB memori untuk storan lagu dan pelbagai maklumat tertentu. Ia mempunyai capaian 3G dan skrin 2.6 inci dengan keupayaan sesentuh dan pengecaman tulisan. Ia menggunakan kekunci jejari untuk memudahkan menaip teks. Selain itu W950i mempunyai stereo FM, Bluetooth 1.2, USB 2.0, pelayaran internet dengan Opera 8.0 dan pembaca RSS.

Nokia N93

mpc_20060601_1_6to12_nokia-n93.jpg

Nokia N93 adalah peranti bergerak untuk rakaman video di samping menawarkan keupayaan telefoni dan capaian internet. N93 dilengkapi dengan kamera 3.2 megapixel dengan optik Carl Zeiss, rakaman video DVD dan 3x zoom optikal serta 20x zoom digital. Nokia N93 boleh memaparkan terus video ke TV atau memindahkannya ke format DVD dengan menggunakan Adobe Premiere Elements 2.0. Nokia N93 mempunyai memori dalaman sehingga 50 MB serta storan luaran kad miniSD sehingga 2 GB. Ini membolehkan ia merakam sehingga 90 minit videoatau 2500 foto berkualiti tinggi. N93 berkeupayaan WLAN, 3G (WCDMA 2100 MHz), EDGE dan GSM (900/1800/1900 MHz), Nokia N93 boleh mencapai Interent berkelajuan tinggi untuk pelayaran internet. Harga anggaran : RM2533.00

Search Engine

|