Menjelang Mei depan, Yahoo akan memansuhkan had maksimum 1 GB memori kepada pengguna dengan akaun e-mel percuma dan 2 GB memori kepada pengguna yang melanggan akaun premium.
Naib Presiden Yahoo Mail, John Kremer, berkata pemberian itu adalah sebagai hadiah kepada pelanggannya bagi menghargai sokongan mereka selama ini.

Nampaknya dari sehari kesehari ancaman virus tidak sekadar membimbangkan pengguna PC tetapi juga pengguna telefon mudah alih. Ini adalah kerana terdapat tanda-tanda bahawa semakin banyak virus disebarkan didalam rangkaian komunikasi. Yang terkini ialah virus yang disebarkan menerusi perkhidmatan MMS yang dikenali sebagai Commwarrior. Virus ini dikatakan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan virus sebelum ini iaitu Cabir.
