Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

img_klibf2007.gif

 

Disebabkan aku cuti pekerja ari tu aku balik kampung, tak sempat aku nak menghebohkan tentang pesta buku antarabangsa nie.Hah pada peminat@ulat buku jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pameran tersebut. Pameran yang berlangsung 27 April hingga 6 Mei akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL (PWTC).Tinggal dua hari lagi sebelum pameran ini menutup tirainya.

Datang…jangan tak datang.Datang…jangan tak datang.

 

p/s: Aku tak boleh bagi komen sebab aku pn tak pergi lagi.Mungkin esok kot.InsyaAllah..

 

Sign Up Advertlets

Tahukah Anda?

Bolehkah Ikan Terbang?
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar  56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik  di dalam air.

Burung Pucung
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri  tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan  satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap  ikan di dalam bulatan ini.

Burung Unta
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia  dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung  unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada  jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.

Beruang Kutub
Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang  kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam         iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi  udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang  di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak  sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti  juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti  itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di  kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.
Allah  juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam  salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan sepertimembran. Membran ini bertindak sebagai “sepasang cermin mata gelap” dania melindunginya daripada buta salji.
Cheetah: Pelari Terpantas
Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas  di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat.Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).
Cara Menarik Gazel
Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan  bau untuk membuat sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan         ranting panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan         oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya.Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan.Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai kawasan-kawasannya. Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang dirembeskan oleh kelenjar  di dagunya.
Mangkuk Pelekap Kaki Cicak
Cicak adalah sejenis reptilia  yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan luar biasanya ialah ia dapat berjalan di atas permukaan rata yang menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat dengan mudah walaupun di atas kaca dengan bantuan mangkuk-magkuk pelekap  yang terdapat di hujung jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku  tersembunyi di dalam kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak seimbang, ia akan mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing dan terus berjalan.
Cicak Basilik Yang Boleh Berlari  Di Atas Air

Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas air? Mungkin kamu akan berkata, “Saya sedang bermimpi”. Ini bukan  suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali.Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan   tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju.Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran  yang diperlukan untuk berlari di atas air.

Itik
Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.
Belalai Gajah
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot       ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai  ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya didalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh  digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung  4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.

Penambahan Kategori Baru

Assalamualaikum….

Disini saya nak menghebohkan pada anda semua yang putera melayu blog telah menambah satu lagi kategori baru yang agak best.<pada pandangan saya la.He3>

Kategori Apa?
Kategori ini diberi nama “Tahukah Anda?”.

Apa yang menarik tentang kategori nie?
Kategori “Tahukah Anda?” adalah kategori yang mengumpulkan informasi2 yang mungkin anda tidak tahu ataupun tidak penah terfikir langsung.Yang pelik bin ajaib pun ada jugak.

Diharap dengan penambahan informasi daripada kategori ini akan akan memberi dan menambah lagi pengetahuan anda semua.
Wassalam….

|