Korea Selatan, Jepun tumbang — Iraq tebus kekecewaan ke perlawanan akhir menentang Arab Saudi

Pemain-pemain Iraq meraikan kejayaan ke final Piala Asia manakala tonggak Korea Selatan, Kim Jung-woo (depan) kecewa selepas bola sepakannya terkena tiang pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. – Reuters.


KUALA LUMPUR, Malaysia – Noor Sabri menjadi penyelamat apabila membantu Iraq melangkah buat pertama kali dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Asia selepas menyingkirkan Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 3-3 dan penjaga gol Iraq menampan bola sepakan kaki kiri Yeom Ki-hun ke tiang gol sebelah kanan untuk memberikan kemenangan apabila kedudukan seri 0-0 selepas mengharungi 120 minit perlawanan.

Selepas Iraq menyempurnakan sepakan penalti keempat, Kim Jung-woo perlu menyepak masuk untuk menghidupkan semula peluang tetapi sepakannya mengenai tiang pintu gol sebelah kanan sekaligus melihat pemain Iraq berlari ke arah Sabri meraikan kejayaan itu.Iraq akan menentang Arab Saudi dalam perlawanan akhir di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Korea Selatan terpaksa berdepan dengan dua penentuan sepakan penalti dalam tempoh empat hari, berjaya menewaskan Iran dengan keputusan 4-2 dalam penentuan sepakan penalti pada suku akhir di gelanggang yang sama Ahad lalu.Kedua-dua pasukan terlepas peluang terbaik untuk menang.

Iraq hampir-hampir memecah kebuntuan jaringan gol pada lewat permainan masa tambahan apabila Huwar Mulla merembat deras daripada bola tampanan Lee Woon-jae dan bola lantunan itu mengenai palang gol dan Kim Jin-kyu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Ahmed Menajed mencipta peluang terbaik pada babak kedua masa tambahan tetapi hantarannya gagal disambut baik oleh Younis Mahmoud.

Kedua-dua pasukan tidak dapat bermain cemerlang dalam keadaan padang licin ekoran hujan pada sebelah petang tetapi pemain Iraq, Mahmoud melakukan sepakan kaki kiri melebar keluar.Sementara itu, di Hanoi, Arab Saudi menamatkan kempen penyandang juara, Jepun untuk memburu gelaran ketiga Piala Asia selepas menang 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, semalam.Tonggak Arab Saudi, Malek Maaz menjaringkan dua gol manakala satu gol menerusi jaringan ketua pasukan, Yasser Al Qahtani.Malek muncul wira Arab Saudi apabila kembali meletakkan pasukannya di depan menerusi gerakan solo menewaskan tiga pemain pertahanan Jepun pada minit ke-57 selepas kedua-duanya terikat 2-2.Dua gol Jepun pula menerusi jaringan Yuji Nakazawa dan Yuki Abe pada minit-minit 37 dan 53.Arab Saudi yang menjulang Piala Asia pada tahun 1984, 1988 dan 1996 akan menentang Iraq pada perlawanan akhir di Jakarta, Ahad ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Arab Saudi akan bertemu dengan Iraq dalam perlawanan akhir Piala Asia di Jakarta.Pasukan manakah pilihan anda?Adakah Arab Saudi?Ataupun Iraq?

Sign Up Advertlets

Segmen tahukah anda?

1) Orang yang jarang berfikir paling minimum mempunyai 10,000,000,000 sel otak (neuron)

2) Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk.

3) 3 kategori manusia.

a) Yang berjaya
Hari ini lebih baik daripada semalam.

b) Yang terpedaya
Hari ini sama seperti semalam.

c) Yang celaka
Hari ini lebih teruk daripada semalam.

4) Hukuman kepada orang yang meninggalkan sembahyang
    Solat Subuh

        ALLAH campakkan ke dalam api neraka jahanam selama 60 tahun
    Solat Zuhur
        Dosanya sama seperti membunuh 1,000 orang islam
    Solat Asar
        Dosanya seperti meruntuhkan kaabah
    Solat Maghrib
        Dosanya sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri
    Solat Isyak
        ALLAH tidak redha tinggal di atas bumi ini.

5) “2 hari anda tidak berubah, pasti anda menemui kagagalan”

6) Hidup ini terlalu singkat,justeru lakukanlah amal kebaikan pada hari ini juga.

7) Pelajar yang selekeh semasa belajar akan selekeh seumur hidup.

8) Panduan belajar
    Kita akan ingat 10%apa yang di baca
    Kita akan ingat 20%apa yang kita dengar
    Kita akan ingat 30%apa yang kita lihat
    Kita akan ingat 50%apa yang dilihat dan didengar serentak
    Kita akan ingat 70%apa yang disebut
    Kita akan ingat 90%apa yang disebut dan dilakukan serentak

Sumber : http://members.tripod.com/~aznis_98/segmen_tahukah_anda.htm

Berhati-hati bila naik keretapi/komuter

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=N8eMKESX7UE]

Budak 3 tahun

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=dOMIHK_R9KM]

Temuduga Tertutup…

Temuduga Tertutup…

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi
Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau
berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda *****a perlu menunggu penjemput yang berkaliber
untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang
bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya
ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan
di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak
ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada
jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat Insya’Allah. Kemudian dibuka baginya
satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya” Nampaknya pertahanan kita perlu kuat
dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung
kaki).!
Wallahu-a’lam

Sumber : mediamuslim.com

p/s: Semoga artikel ini memberi ikhtibar kepada kita semua

Signbot

signbot.gif

Signbot - Make your own animated scrolling text LED sign.

Menarik.Cubalah….

Sumber : http://wigflip.com/signbot/

|