Merdeka…

Sempena hari kemerdekaan yang tak lama lagi marilah kita renungkan perjuangan orang dahulu dalam menuntut kemerdekaan.Ramai orang bertanya.Apa erti kemerdekaan bagi anda?Ada yang jawab merdeka itu ialah bebas daripada cengkaman penjajah.Ada juga yang menjawab merdeka itu bebas dari segi pemikiran dan juga pergaulan.Ada juga orang yang tidak boleh jawab soalan ini.Tak tahulah samada orang itu tak pandai menjawab ataupun tak mahu menjawab.Setiap orang mempunyai pandangan dan jawapan masing2 yang mungkin berbeza untuk menjawab soalan ini.Apapun jawapannya harus diingat “Tanpa merdeka dahulu, tiada merdeka sekarang”

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50 tahun.Semoga negara kita terus merdeka buat selama-lamanya.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=5W_L6crtJWE]

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=vtzgNHNCG9o]

p/s: saya sangat suka iklan digi nie.

Sign Up Advertlets

Proton Persona

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=FSQYTSgm7Ws]
proton persona

 

persona

persona

Fenomena Azan

Assalamualaikum….

Lama gak rasanya saya tak update laman blog ini.Sori yek.Hah kali nie saya nak postkan tentang video kt youtube.Video ini bertajuk fenomena azan.Video ini menceritakan fenomena laungan azan yang berkumandang diseluruh dunia.Hah apa lagi layannn…

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=xs7WnOd-R0w]

Angkasawan Malaysia, yang pertama ke Marikh?

astronaut.jpg

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Anda mungkin tidak percaya. Manusia akan ke planet Marikh yang berjarak 78.3 juta kilometer dengan perjalanan setahun pergi dan setahun kembali ke bumi.Lebih mendebarkan apabila angkasawan negara yang berjaya ke angkasa lepas pada 10 Oktober ini turut ditawarkan oleh kerajaan Rusia untuk menyertai misi ke planet itu.Jika misi tersebut berjaya yang tidak dinyatakan tarikhnya, mereka bakal menjadi manusia pertama menjejak planet merah itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin Abdul Ghani berkata, tawaran daripada kerajaan Rusia itu telah disampaikan kepada kedua-dua calon angkasawan negara baru-baru ini.Beliau berkata, kerajaan amat mengagumi persetujuan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed yang sedang menjalani latihan bersama Agensi Angkasawan Eropah di Star City, Moscow dengan tawaran berkenaan.“Kita sangat kagum apabila kedua-dua calon angkasawan itu sanggup menyahut cabaran.‘‘Tidak ramai yang mampu melaksanakan misi tersebut kerana penerokaan ke alam angkasa memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang baik serta jati diri yang tinggi,’’ katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti Antarabangsa 2007 anjuran Agensi Nuklear Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, manusia pertama yang sampai di bulan, Neil Armstrong, manusia mungkin akan mengambil masa lebih 20 tahun lagi untuk menjejakkan kaki ke Marikh.Katanya, cabaran mendarat di planet itu lebih sukar daripada halangan yang dihadapi oleh Apollo 11 pada 1969 untuk mendarat di bulan.Ini kerana sinaran radiasi di Marikh berbahaya kepada manusia dan memerlukan pembangunan satu bentuk perlindungan bagi keselamatan angkasawan, kata Armstrong.Kapal angkasa pertama ke Marikh ialah Mariner 4 dari Amerika Syarikat (AS) pada 1965 manakala objek pertama berjaya mendarat di permukaan planet itu ialah Mars 2 dan Mars 3 dari Rusia pada 1971.Ketua Pengarah Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman ketika dihubungi berkat, manusia mampu sampai ke Marikh sekiranya mempunyai roket yang berteknologi tinggi serta kepakaran.

Sumber : Utusan Malaysia

The MiniBus - Store,Organize,Edit and Edit Your Files

z0gz4qzyjcuf1n5cmtjg.jpg

Berita baik buat semua. Pihak mydatabus telah pun melancarkan minibus dimana user2 tak perlu daftar untuk upload fail2 anda (sebelum nie kena register). Ianya sangat berguna kepada mereka yang nak cepat, dan Upload musik2 dan video yang tidak melebihi 20MB.. Dengan adanya kemudahan ini, Ianya membolehkan semua user2 dapat upload file2 anda dengan mudah dan share bersama2.

Lawati websitenya sekarang, upload file anda dan share kepada rakan2. The MiniBus

|