Apa anda nak buat jika terlupa password kad memori anda? Nak format? Tak boleh kerana ia memerlukan password dan mungkin anda terasa sayang membuang fail didalamnya.Nak sambungkan dengan komputer? Tak boleh juga kerana kad memori yang mempunyai password, komputer tidak boleh membacanya.
Ok disini, saya ingin berkongsi macam mana hendak mendapatkan balik password yang hilang/terlupa itu.Pastikan handphone anda mempunyai software file explorer/file manager seperti FExplorer atau FileMan.Ikut langkah2 dibawah ini :
1.Buka program FExplorer atau FileMan.
2.Pergi directory C:\System
3.Cari fail yang bernama ‘mmcstore’.Kalau tak jumpa anda boleh search file tersebut dengan menekan OPTIONS >> FILE >> FIND dan taipkan ‘mmcstore’.
4.Setelah jumpa fail mmcstore, anda renamekan fail tersebut kepada ‘mmcstore.txt’.Setelah rename anda buka fail tersebut.Password kad memori akan dipaparkan disitu.Jika anda tidak boleh rename fail tersebut, pindahkan fail tersebut kedalam komputer menggunakan bluetooth.Rename fail tersebut ‘mmcstore.txt’ didalam komputer dan buka seperti biasa.Password akan dipaparkan.
5.Selepas anda mendapatkan password, pastikan anda rename balik fail tersebut kepada ‘mmcstore’.
Tamat.Jika anda tidak berjaya mandapatkan password tersebut, sila komen atau email kepada saya.