KESERASIAN

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

· Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

· Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

· Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

· Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

· Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

· Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Sign Up Advertlets

Ketahui Symbian OS HP anda

jika anda install app/game S60 Symbian OS v8.0 [contohnya 6630, 6680 dan sbagainya] pada S60 Symbian OS v6.1 [contohnya 3650/3660] atau v7.0 [contohnya 6600, 7610 dan sebagainya] ianya tidak akan berfungsi.

jika anda install app/game S60 Symbian OS v6.1 di S60 Symbian OS v7.0 atau v8.0 dan sbagainya ianya akan menjadi seperti biasa.
Ini senarainya:

Nokia S20= 3330, 5210, 5510
Nokia S30 = 3410, 6310 , 3510 , 8310, 8910i

Nokia S40= 3300, 3510, 5100, 6100, 6610, 6800, 7100, 7250

Nokia S60 Symbian OS v6.1
= 7650, 3650/3600, 3660/3620, N-gage/N-gage QD, Sendo X, Siemens SX1

Nokia S60 Symbian OS v7.0= 3230, 6600, 7610, 6260, 6670, Panasonic X700, Panasonic X800, Samsung SGH-D720, Samsung SGH-D730

Nokia S60 Symbian OS v8.0= 6630, 6680, 6681, 6682 dan Lenovo P930

Nokia S60 Symbian OS v8.1= N70 dan N90

Nokia S60 Symbian OS v9.1= 3250, 5500, N91, N80, N71, N73, N92, N93, E60, E61, E70

Nokia S80 Communicator= 9210 [os v6.0], 9210i [os v6.0], 9300 [os v7.0], 9300i
[os v7.0] dan 9500 [os v7.0]

Nokia S90 Symbian OS v7.0 hanya untuk 7710

UIQ Models:
Symbian OS v7.0: BenQ P30, Motorola A1000, Motorola A920, Motorola A925, Sony
Ericsson P800/802, Sony Ericsson P900, Sony Ericsson P910i
Symbian OS v9.1:Sony Ericsson M600i, Sony Ericsson P990i, Sony Ericsson W950

Dicedok daripada mysahabat.org

|