Hairmixer

Hahahahah….nak tergelak pun ada.Nampak cam real.Hairmixer nie akan “crop” gambar yang kita pilih dan gabungkan dengan gambar yang kita nak gabungkan.Hairmixer nie akan padankan gambar itu.Yang bestnya hairmixer akan samakan warna kulit dan juga kedudukan secara automatik.Anda boleh memilih gambar selebriti yang disediakan ataupun upload gambar anda sendiri.Anda cubalah….

Link : http://www.hairmixer.com/

mixer_hair.JPGmixer_hair2.JPG

Sign Up Advertlets

Iklan happy

happy2.JPG
Pernahkah anda tengok iklan happy di televisyen? Ala…iklan yang berlatarkan orang sedang gelak ketawa…ataupun yang memaparkan video-video yang diambil daripada rancangan American Funniest Video. Penah tengok? Tahukah anda, apa mesej yang nak disampaikan oleh iklan itu?

Pada mulanya aku pun tak tahu. Tapi setelah membuka laman webnya baru aku tahu. Bagi yang tak tahu aku akan bagitahu. Rupa-rupanya happy tue adalah salah satu pelan prabayar di Malaysia. Cehh…ingatkan apa. Iklan tu sebenarnya nak menyampaikan mesej yang happy tue adalah satu pelan prabayar telefon yang akan meng”happy”kan kita semua. Kerana apa? Kerana pelan prabayar ini sangat murah dan mudah. Jaringan liputan happy pula berdasarkan infrastruktur DiGi Telecommunications Sdn Bhd. Ia meliputi hampir kesemua kampung dan bandar di Malaysia. Baca artikel dibawah yang diambil daripada laman webnya.happy.JPG

Maklumat lanjut bolehlah melayari laman webnya di www.happy.com.my

Bantu Mencari Sharlinie

2wk1jxozinztmvmndtkz.jpg

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Diharap sahabat yang mempunyai apa apa maklumat berkaitan, segera menghubungi balai polis yang berhampiran ataupun talian yang berikut :-

* Polis - 03 79662222 / 999

* En Nashar (Bapa) - 016 2709096 / 016 2583450

Sumber Dari RakanCop

Program “Welcome Back SMTK” Sesi 2000/2001

Kepada semua ex-smtk batch 2000/2001, anda dijemput menyertai program ini.Maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada group friendster TEKNIK KULIM
http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=17604smtk.jpg

|