Jawapan kepada komen2 yang lalu…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pertama sekali saya minta maaf sebab tidak sempat untuk kemaskini blog interaktif kota ini kerana kesibukan kerja. Kerja sebagai programmer ini memang sentiasa sibuk.

Sejak blog ini dibuka, saya telah menerima begitu banyak sekali komen. Sampaikan saya tak sempat nak menjawab semua komen yang diberi. Terima kepada semua komentar blog ini. Tanpa anda blog ini tak berguna.

Ok, disini saya telah mengumpulkan beberapa komen-komen yang terbaru diterima dan saya akan menjawabnya dalam artikel ini. Semoga jawapan saya ini memuaskan hati komentar-komentar dibawah..

ana - assalamualaikum putera…thanks coz bg tnjuk ajar untuk format hp 6600 saya..sudah berjaya untuk format tapi selepas format bila on jer bersama card hp x leh nak bukak menu..hanya dapat terima&buat call je..tapi bila buang card boleh je hp 2 berfungsi..saya dh scan tp x de virus mcm mane 2 putera tlg beri tunjuk ajar…apa2 pn thanks coz ajar saya format hp saya..

Jawapan : Waalaikumussalam ana. Saya rasa masalah ini datang daripada kad memori anda. Kemungkinan telah dijangkiti virus yang tidak dapat dikesan oleh antivirus versi lama/tidak update. Jika ana mempunyai komputer sila format kad memori dengan menggunakan komputer. Selepas itu pasang dan format pula di hp ana. Insyaallah berhasil.

rie - aslmualaikum….sy nak tnya klu nset nokia6600 d kasi idup dia x akan hidup tp akan keluar nokia sja…apa masalah nya tu ah???langkah apa yg prlu d buat??

Jawapan : Waalaikumussalam rie. Cuba format nokia6600 anda dan tengok bagaimana ok. Cara format sila rujuk artikel yang lepas.

aideny - salam..
saya ada sedikit masalah dengan contact phone saya, masalahnyan simple, cuma bagaiman kita bole menyimpan semua contact kedalam sim card. Kalo dalam HP saya tak yakin akan selamat bole digunakan bila Hp rusak, ya simcard yg bole menyimpan tak lebih dari 300 contact. jadi, bagaiman cara menyimpan contact yang lebih dari itu. Mohon solusinya.

Jawapan : salam aideny. Jumlah simpanan data kontek dalam kad sim adalah bergantung kepada jenis kad sim anda. Jika anda ingin menyimpan data kontek, sila simpan di dalam kad memori. Caranya buka kontek, tekan “opstion”, pilih “mark all” dan pilih “copy to memory card”.

Anton maulana - Tlng w hp w k0k sering mati dan sering d mnt masukin sandi pembatas telepon,tlng w y w mnt sandi_y.
Thanks!!!

Jawapan : Waalaikumussalam. Cuba format nokia6600 anda dan tengok bagaimana ok. Cara format sila rujuk artikel yang lepas.

syaful - salam, saya nak kenape.. hanfon nokia N80 x leh install software.. dia kata.. sijil tamat.. tak leh pki software yang terkini..

Jawapan : Salam syaful. Kebanyakkan software yang ada dipasaran adalah software yang berdaftar dan anda dikehendaki membelinya. So, untuk memudahkan anda sila beli software tersebut. Jika tidak mahu beli dapatkan yang versi pirate.

Boaz_zt - Cara format ini udah saya coba, tp hp saya tetep klo buat buka galery loadingnya lama
dan bluetooth nya ga bisa di-ON-kn…Why?

Jawapan : Saya rasa masalah ini datang daripada kad memori anda. Kemungkinan telah dijangkiti virus yang tidak dapat dikesan oleh antivirus versi lama/tidak update.
Forexman - Hi. This is really interesting post. Thank You! I have just subscribed to Your rss!
Best regards

Jawapan : Thanks Forexman for your suppoting.

Sign Up Advertlets

Aktiviti minggu lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga yer saya tak kemaskini(update) blog ini. Posting yang terakhir sekali bertarikh 4hb disember. Ini bermakna blog ini tidak di update hampir 2 minggu. Lama jugak tue. Hehehhee…..Nak buat camna sibuk la katakan. Minggu lepas jer saya tak masuk ofis selama seminggu kerana bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Di sana saya ditugaskan untuk membangunkan laman web Jabatan Bomba bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran. Sebenarnya, ini adalah first projek syarikat saya kerana sebelum ini syarikat saya bergantung kepada penjualan produk dan bukannya berasaskan projek. InsyaAllah projek-projek yang lebih besar lagi akan menyusul kemudian dan sepatutnya saya bersedia menghadapinya. Hari-hari sibukmu akan bermula selepas ini…….zahid

Iklan Raya

Pada tahun nie, iklan raya yang paling best dan menyentuh hati aku ialah iklan petronas seperti tahun-tahun yang lepas.Bagi aku iklan burung murai tu memang menyentuh perasaan dan membuatkan aku teringat mak ayah yang berada di kampung.Iklan tu memberi pengajaran dan mempunyai mesej yang sangat mendalam.Syabas kepada petronas kerana berjaya menghasilkan iklan yang bermutu dan memberi kesan kepada penontonnya.

Bagi anda yang belum lagi menonton iklan petronas burung murai nie, apalagi tengok la iklan tu sekarang.Layanzzz…

[youtube= http://www.youtube.com/watch?v=S2rd3S5SUP0]

|