ramadhan-copy.jpg

 

Saya sebagai admin putera melayu blog ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al - Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada silap dan salah dari saya.. Semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama memperoleh keberkatan dari-Nya..

Sign Up Advertlets

Out station ke Pulau Pinang

300px-penang_bridge_w.jpg

 

Assalamualakum semua…

sori dah lama x tulis post baru.Saya sekarang sibuk sangat.2 minggu lepas saya outstation ke penang.Tu yang saya letak gambar jambatan pulau pinang kat atas tuu….hehhehe.Selama 2 minggu saya di sana.Ofis kat sana lak internet slow dan selalu terputus-putus.So, saya xleh la nak update dan tulis post baru untuk putera melayu blog.Sekarang ni lak xdak idea lak nak tulis tentang apa.Nantilah saya fikirkan.

 

Jangan Pandang Belakang


[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=FZKJ_bhhfFA]
jangan-pandang-belakang.jpg

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Da’im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam file mini. Kepada anda semua, walau apa pin yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!

p/s: Aku tengok filem ni mimggu lepas.Best gak.Menyeramkannnn….Pada kawan2 yang belum tgk lagi,apalagi p la tgk.Pada yang dah tengok sila bagi komen dan bagi star untuk filem nie.Aku bagi 4 star lah.Bagaimana dengan anda?

Hepi Birthday To Me

Wishing you a very Happy Birthday!

Hepi Birthday To You….
Hepi Birthday To You…
Hepi Birthday To You…Zahid
Hepi Birthday Toooo……Youuuuuu

Slamat hari lahir kat aku.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Hehhehe….Pada hari ini genaplah umur aku iaitu 23 tahun.Selama 23 tahun nilah aku hidup tanpa berbuat apa2 yang boleh membanggakan aku, mak ayah aku, famili dan juga negara yang tercinta.Impian aku lak masih lagi jauh nun disana.Tak tau la bila aku boleh menggapainya.Terasa tangan ni tak cukup panjang lak.Papun aku berserah saja pada yang maha Esa.

Assalamualaikum..

Agak lama jugak yer saya tak update blog ni.Seingat saya hampir 2 minggu saya tak update.Hehehh… Bukan malas tapi tak ada masa nak update.Sibuk sangat ngan urusan kerja di pejabat.
Sekarang ni saya tengah menyiapkan produk software keluaran syarikat saya iaitu OMRTools 2007 versi koporat.Untuk versi sekolah dah pun siap sepenuhnya malah sudah berada dipasaran pun.Software ni adalah software memproses kertas jawapan objektif dengan menggunakan teknologi pengimbas(scanner).Software ini bukan sahaja mampu memeriksa kertas jawapan objektif, malah dapat mengeluarkan laporan dan juga analisa untuk setiap pelajar.Kalau korang mengetahui lebih lanjut tentang software ni korang boleh jenguk kat website syarikat aku di www.scanix.com.my.Kalau korang nak cuba-cuba software ni pun boleh dengan mengdownload OMRTools versi DEMO.Kalau nak yang full kena la beli beb.Sekarang ni bukan semua benda free beb.Hhehehee….Kat bawah ni ada screenshot software tuu.

omrtools20071.jpg

Salam Ma’al Hijarah

1596maalhijrah3.gif

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun 1428. Semoga Tahun Ini Lebih Bererti Dalam Hidup Kita.

|